Friday, 16 November 2012

Budaya Melayu

Adat dan Kebudayaan Melayu 

 Menurut ensiklopedia adat, peraturan yang sudah diamalkan turun-temurun dalam sesuatu masyarakat sehingga menjadi hukum yang harus dipatuhi. Perkataan adat berasal daripada bahasa Arab bermaksud kebiasaan. Kedatangan Islam ke Alam Melayu membawa konsep ini dengan makna yang lebih luas dan mendalam sehingga merangkumi keseluruhan cara hidup yang kini ditakrif sebagai kebudayaan, undang-undang, sistem masyarakat, upacara, dan segala kebiasaan yang sering dilakukan, seperti cara makan atau cara duduk.

Menyentuh perpaduan Melayu melalui kesenian dan kebudayaan, dilihat bahawa program atau upacara yang berkait rapat dengan kesenian dan kebudayaan mampu mewujudkan persefahaman dan kekuatan kerjasama sesama kita. Kesenian dan kebudayaan masyarakat atau bangsa Melayu bukan sahaja tinggi nilai estetikanya dalam seni drama tari sahaja malahan keindahannya juga dapat dilihat melalui seni tari, seni suara, lukisan, seni hiasan dan fesyen, dan filem Melayu.  

Kesemua kesenian dan kebudayaan yang disebutkan di atas sememangnya mampu memperkukuhkan perpaduan bangsa Melayu sekiranya penglibatan secara serius dan bersungguh-sungguh. Ini kerana, aktiviti-aktiviti dan program-program yang melibatkan kesenian dan kebudayaan memerlukan penglibatan lebih daripada seorang bagi menjayakan. Bangsa Melayu akan lebih bersatu dan saling hormat menghormati antara satu sama lain dengan penglibatan dalam aktiviti-aktiviti dan program-program sebegini secara tidak langsung akan memupuk perpaduan bangsa.
  

No comments:

Post a Comment