ADAT RESAM
Kepentingan adat resam di
dalam hidup masyarakat tidak kira apa bangsa sekalipun tidak dapat
dinafikan. Adat tersebut bermula dari dalam perut ibu, kelahiran,
perkahwinan sehinggalah kematian terdapat di dalam hidup semua
masyarakat di Malaysia. Adat resam merupakan kebiasaan cara hidup yang
diamalkan oleh sesuatu masyarakat yang dapat menggambarkan corak budaya
masyarakat tersebut.
Di dalam pecahan kebudayaan melayu pelbagai adat dapat kita lihat seperti adat kelahiran, perkahwinan, pakaian dan makanan. Budaya Melayu juga bukan hanya ada di Malaysia tetapi di sebahagian Asia Tenggara, seperti Indonesia, Singapura dan Thailand.
No comments:
Post a Comment